Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w
berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka
berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya
berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya
apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya
pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah
menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran
daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan
malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang
tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan
diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar
tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup
dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian,
kembalilah ke rumahmu apabila mentari terbenam di ufuk barat.
Ambillah pengajaran dari semalu
walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
No comments:
Post a Comment