Tuesday, January 10, 2012

Coretan

Coretan :
                Setiap coretan ada perjalanan,setiap kisah ada karangan. Membuka seribu satu cerita yang tertera dipintu kaca hati , mencerminkan suka dan duka tersendiri.Membuaikan ingatan yang tidak pernah lekang difikiran. Begitu indah pandangan mata sampaikan mutiara kaca membasahi pipi. Kadang-kadang bertanya di dalam hati, adakah perumpamaan Bunga Lavenda akan terus kembang mekar apabila angin yang menghembus, membawa darjah kepanasan meniupi dari timur ke barat.Perumpamaan yang sentiasa bermain diminda tentang kehidupan.Meniup bagaikan deruan sang bayu membawa ombak memukul pantai.Bila pandangan memandang ke angkasa,melihat  kedipan bintang-bintang yang menerangi memukau mata yang memerhatinya. Indah,sungguh indah.Nafas dihembus mata dipejam mencari satu ketenangan. Sangat Bersyukur dengan kurniaan Illahi.Tiap langkah diperhatikan dan tiap bayangan terbawa-bawa mencari kunci hati yang tidak ketahui dimana.Agar dapat membuka pintu mahligai yang menyimpan pelbagai kisah kehidupan.
…..sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah,nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya..(Ibrahim:34)
                Adakah kita mampu buat bayangan lalu terkubur begitu saja ataupun  bayangan itu terus hadir tiap saat dalam kehidupan kita sekarang.Kesedihan,kedukaan dan kegagalan yang lalu didalamnya merupakan tindakan yang bodoh dan gila. Ia bagaikan membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya. Sesetengah pendapat akan beranggapan bahawa bayangan lalu banyak mengajar erti kehidupan meniti tiap langkah yang longlai melalui denai-denai yang penuh dengan bara kehidupan. Tercungap-cungap mencari sinar kehidupan agar dapat kembali ke puncak gunung semangat. Allah s.w.t akan menguji setiap hamba-Nya agar menerima setiap dugaan yang hadir dengan mencerminkan kesabaran dan ketabahan. Dengan kembalinya bayangan lalu, bererti kita akan merasakan kembali keresahan dan kesesalan. Bayangan lalu tidak ubah seperti api yang membara membakar dinding-dinding ketabahan dan melemparkan diri ke bayangan lalu. Hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan sekaligus menakutkan.
                Adakah kita mampu tersenyum dengan bayangan lalu dan mampukah kita gembira mengembalikan kisah duka yang lalu.Kalau bayangan lalu mempunyai kemanisan adakah kita boleh patah kembali. Memutarkan kembali roda kehidupan yang terselindung disebaliknya keperitan dan kedukaan kehidupan. Inginkah kehadiran mutiara kaca membasahi pipi terus hadir kembali. Biarlah semua itu berlalu pergi dan lafazkanlah segala yang ada dihati agar diri tidak terus terkubur selama-lamanya. Kerana itu segala keresahan tidak akan hadir kembali bagaikan mendepakan tangan di puncak bukit menyaksikan pandangan ciptaan Allah s.w.t . Tiada keresahan tersembunyi bila kita bebaskan ungkapan yang tersirat bagaikan burung yang bebas terbang diangkasa.

Wednesday, November 23, 2011

Indah


Hidup ini bagaikan kitaran yang penuh dengan dugaan...tiap yang hadir pasti akan pergi..pergi bagaikan ditiup angin..indah hidup bila kegembiraan sahaja yang hadir..tidak dikejar dengan bayangan sendiri...bayangan yang membawa kegembiraan tapi diselubungi keperitan dan kesedihan..

"Dan Apabila Menderita Kesusahan,Dia Bersabar,Ini Merupakan Kebaikan Baginya" - Riwayat Muslim--Ali imran-159
kasihanilah musuhmu, berbuat baiklah pada orang yang membenci kamu, mintaklah berkat bagi orang yang mengutuk kamu. Berdoalah untuk orang yang mencaci kamu.


Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. 
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan



Hiduplah Sesuka hatimu, 
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, 



Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.


Lindungi kesedihan dengan senyuman meskipun dihati penuh kedukaan kerana itu menunjukkan adanya kesedihan.


Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri


Kasihanilah musuh anda kerana dia telah menyebutkan kesalahan anda


Tidak ada lautan yang luas, lurah yang dalam, bulan yang tinggi dan jalan yang susah bagi orang yang mahu


Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah


Tuesday, November 22, 2011

BaHaSa HaTi

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain,
dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya




Seseorang yang mencintaimu..akan rela
Melepaskanmu pergi bila bersamanya bila kamu tidak
bahagia...dan ia akan ikut bahagia walau kamu
yang dicintainya turut bahagia bila melihat kamu 
bahagia bersama orang lain..

Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi.
 Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula... tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi. Walau di mana-mana pun dan walau sampai bila-bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang
 yang tepat supaya kita harus mengerti bagaimana berterima
kasih atas kurniaan itu..


Cinta yang hakiki adalah cinta kepada Allah
kepada pencari cinta sejati,
bangkitlah membaiki peribadi,ubatilah hati,
keluarkanlah dari kitaran sengsara yang membelenggu diri,
moga cinta hakiki akan kau miliki...iaitu cinta kepada Allah s.w.t
 

Monday, November 21, 2011

Tiada Apa

Sayu hati bila sesuatu yang tidak terjadi akan terjadi..perit hati bila tiap yang berlaku dikenang kesilapan yang lalu..Manusia yang melakukan kebaikan hanya dipandang seketika tapi bila keburukan akan dipandang sampai ke hujung nyawa..itulah ragam manusia..tiap manusia akan diuji dengan penuh dugaan daripada Allah s.w.t agar terus tabah hadapi semua yang hadir..tidak kira dari pelbagai sudut dan penjuru dugaan yang hadir..Allah s.w.t tetap akan menguji manusia dengan dugaan..agar sabar,tabah tiap kata yang dilafazkan..

Ya Allah..
Kau kuatkanlah hati hambaMu ini agar sabar dan tabah hadapi tiap dugaan yang hadir,
tiap saat dan tiap detik masa yang dilalui dengan senyuman,
aku hanya hambaMu yang kerdil dan lemah,
janganlah Kau beri dugaan yang berat yang tidak mampu kuhadapi,
kepadaMu kumohon agar jagalah hatiku ini dari menempuhi kesedihan,
agar tidak terpesong dari ajaranMu Ya Allah..
Aminn...

Senyuman dan tangisan ku hanya padaMu Ya Allah..

bila sehelai kain itu sudah buruk dan koyak...ia tetap buruk sampai bila-bila pada tuannya..tuannya akan gembira bila kain yang buruk dan koyak tadi diganti dengan yang baru...dimana kain yang buruk itu akan berada..fikir-fikirkanlah...

Saturday, November 19, 2011

Menangislah..


Apa yang boleh kita bayangkan suatu ketika semua manusia berkumpul dalam tempat luas yang tak seorang pun punya hak istimewa kecuali dengan izin Allah. Jangankan hak istimewa, pakaian pun tak ada. Yang jelas dalam benak manusia saat itu cuma pada dua pilihan: syurga atau neraka. Di dua tempat itulah pilihan akhir nasib seorang manusia.Tidak kira tua ataupun muda.

“Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya.” (QS. 80: 34-37)

Mulailah bayang-bayang pedih seksa neraka tergambar jelas dimata hati.Walaupun tidak mengetahui azab yang diterima. Kematian di dunia cuma sekali. Sementara, di neraka orang tidak pernah mati. Selamanya merasakan pedihnya seksa. Terus, dan selamanya. Air jernih dimata terus menitis membasahi pipi begitu banyak dosa yang dilakukan. Hanya Allah sahaja yang mengetahuiNya.

Seperti apa seksa neraka, Rasulullah saw. pernah menggambarkan contoh seksa yang paling ringan yang diterima. “Sesungguhnya seringan-ringan seksa penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang di bawah kedua tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan ia berpendapat bahawa tidak ada seorang pun yang lebih berat siksaannya daripada itu, padahal itu adalah siksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka.” (Al-Bukhari dan Muslim)

Belum saatnyakah kita menangis di hadapan Allah. Atau jangan-jangan, hati kita sudah teramat keras untuk tersentuh dengan kekuasaan Allah yang teramat jelas di hadapan kita. Imam Ghazali pernah memberi nasihat, jika seorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah, justeru menangislah karena ketidakmampuan itu.

Thursday, November 17, 2011

Pohon Semalu


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila mentari terbenam di ufuk barat.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Monday, November 14, 2011

KaTa-kAtA..


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak ,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih bernafas

perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,janganlah hidup seperti duri dan menyakiti orang lain dan carilah kesempatan dalam apa jua perkara demi keharmonian dan kesejahteraan hidup kita, yang entah bila berakhirnya. Tiada siapa tahu......

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani