Thursday, October 27, 2011

Kehidupan


Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah.  ~Hamka

Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan. 

Hidup di dunia ini tidak ubah seperti seorang musafir yang sedang bernaung di bawah sebatang pohon yang sebentar kemudian pergi dan meninggalkan pohon tersebut.
Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.

Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.


Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan.


Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.


Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan kita untuk capai sesuatu yang diingini. 

Thursday, October 20, 2011

:-(


Jika kita selalu merasakan kita tidak layak menerima sesuatu yang baik dan berharga. Apabila perkara baik dan berharga itu datang tetapi kita tidak melakukan apa yang sepatutnya sehingga ia terlepas dari tangan. Erti kata lain, anda telah sabotaj diri sendiri. Namun ini adalah satu topik yang memerlukan kupasan tersendiri.

Wednesday, October 19, 2011

MUTIARA KATA IBNU QAYYUM


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu..

carilah cahaya yang menerangi hidup kita...bawalah keperitan bersama agar dapat jadi satu kekuatan bila senang dan susah..

Monday, October 17, 2011

SaHaBaT


Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.


Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi  sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.


Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya.Tidaklah kita dapat mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakah seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah.Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.


Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.


Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita.Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.



Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

Sunday, October 16, 2011

Akal

Setiap manusia diberi akal yang terbaik yang diciptakan oleh Allah s.w.t. agar dapat memimpin . Sama ada memilih jalan yang benar atau disebaliknya.Setiap perkara dan tindakan berdasarkan pada akal.Nilailah sesuatu itu sebelum melakukannya sama ada dapat memberi kebaikan atau tidak untuk di dunia dan di akhirat kelak.Jangan menyesali dengan apa yang bakal akan berlaku berdasarkan setiap tindakan yang dikawal.Buatlah keputusan berlandaskan pada ajaran Allah s.w.t itu adalah yang lebih baik.

Pimpinlah hati menggunakan akal. Jangan memimpin akal menggunakan hati.

Kesedihan boleh membuat hidup menjadi keruh. Ia tidak ubah seperti racun berbisa bagi jiwa yang boleh menyebabkan ia lemah semangat, hilang ghairah dan kacau dalam kehidupan hidup. Dan ia akan berakhir dengan sikap tidak peduli pada kebaikan. Sedang sikap tidak peduli pada kebaikan dan hilang semangat untuk mencapai kebahagiaan akan berakhir dengan pesimisme dan kebinasaan yang dahsyat.

Manusia yang bijaksana ialah orang yang tidak mengharap dan tidak gentar dengan apa juga yang akan datang pada masa depan.

Bila kamu mengisi hati kamu dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, kamu tidak memiliki hari ini untuk kamu syukuri.

Luahan dan curahan perasaan tidak puas hati itu adalah lebih baik daripada memendam dan melepaskan kemarahan tanpa memberi penjelasan.

Hati orang yang bodoh itu di dalam mulutnya, tetapi mulut orang yang bijaksana di dalam hatinya.

Binaan yang paling indah di dunia ialah sebuah jambatan harapan merentasi sebuah sungai kekecewaan (putus asa).

Saturday, October 15, 2011

IMPIAN

Kadang-kadang manusia alpa tentang apa yang ada disekeliling..bila impian menjadi realiti..bersyukur lah kerana semua yang datang adalah dari kurniaan Yang Maha Berkuasa..jika impian tidak jadi satu realiti..redha dengan apa yang terjadi..ada hikmah disebalik apa yang terjadi..Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk umatNya...tidak semestinya orang yang berjaya mencapai kebahagian..tidak semestinya jugak yang tidak berjaya tidak bahagia..dua-dua ada perbezaannya..Allah akan memberi dugaan pada manusia agar lebih dekat   Yang Maha Berkuasa..

Semua manusia impikan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat..Tiap manusia diuji dengan pelbagai cara..yang penting kita jangan lupa sesekali pun..Allah s.w.t sentiasa melihat setiap saat apa yang kita lakukan..

Ya Allah...
Kau Yang Maha Berkuasa,
Kau ampunlah kami dari segala dosa,
Tunjukkan lah kami jalan yang diredhai,
Kau janganlah pesongkan kami dari ajaran-Mu Ya Allah,
Lindungilah kami dari kekufuran dan godaan syaitan,
kami tidak sanggup terima azab dariMu Ya Allah..

Bila airmata menitis..mencari ketenangan..ketenangan dariMu Ya Allah..agar impian yang akan terbina diredhaiMu Ya Allah..Allahu akhbar...Alhamdulillah...

Wednesday, October 12, 2011

lumrah kehidupan


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

Bila airmata seorang lelaki jatuh kerana seorang wanita.Lelaki itu terlalu ikhlas mencintainya.Keikhlasan mencinta adalah datang dari hati,Allah yang mengawal hati kita.Walaupun sakit dan perit lelaki tetap terima seadanya kerana hati lelaki bila mencintai seseorang akan terus mencintai walaupun wanita itu pergi pada orang lain..mungkin selamanya..