Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan
cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia
mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia.
Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang
disemai bersama. Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak,
lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya.
Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu
yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki
menurut bintang kelahiran
Aquarius- Lelaki
Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan
cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya
tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak
bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau
kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung.
Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Aries -Lelaki
Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang
memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua
perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk
menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera
mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat
kekasihnnya.
Taurus -Lelaki Taurus adalah
lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu.
Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat
tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk
memberi penjelasan kepadanya.
Gemini- Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain
Gemini- Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain
Cancer
-Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan
berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah
kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. (
jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.)
Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia
ini.
Leo -Lelaki
Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara
yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana
cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah,
namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan
kekasihnya.
Virgo
-Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati
yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa
dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun
tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Libra -Lelaki Libra
mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan
imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak
ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan
menjejaskan hubungan mereka.
Scorpio
-Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang
boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya
terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya
menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Sagitarius
-Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat,
pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara
sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila
dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya
cemburu.
Capricorn
-Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di
dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada
kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain
seperti sukan atau di tempat kerja.
**Renung-renungkah lah wahai kaum adam...kalau padan xsalah...tapi jangan mempercayainya...Allah itu Maha Berkuasa...cuma ingin berkongsi sahaja...huhuhu...(^.^)!
No comments:
Post a Comment