Seorang tabib dihantar oleh Penguasa
Mesir ke Madinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun
tabib itu berada di sana, tidak ada seorang pun yang datang untuk mendapatkan
rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan
sebarang perkhidmatan dan pertolongan kepada penduduk Madinah seperti yang di
arahkan oleh Tuannya.
Dengan keraguan yang menyelimuti
hati dan fikirannya, Tabib itu pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW untuk
mendapatkan kepastian yang jelas.
Dia bertanya Nabi Muhammad SAW,
“Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?”
“Tidak! Dengan musuh mereka tidak
takut, apatah lagi dengan tabib.” Jawab Nabi Muhammad SAW dengan tegas.
Tabib bertanya lagi, “Tapi mengapa
sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya ?”
Nabi menjelaskan “Sebab penduduk
Madinah tidak ada seorang pun yang sakit.”
Tabib itu kurang mempercayai Nabi
dan berkata, “Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit.”
Melihat keraguan tabib itu, Nabi
mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Medinah untuk membuktikan
kebenaran kata-katanya.
Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Madinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorang pun daripada yang bayi sehinggalag orang tua. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu.

Didorong oleh perasaan ingin tahu
dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi saw. lalu berkata, “Benar
seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Madinah sihat-sihat
belaka?”
Nabi menerangkan, “Kami adalah satu
kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak
makan sehingga terlalu kenyang.
Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik.
Makanlah untuk terus hidup kerana ingin bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.”
Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik.
Makanlah untuk terus hidup kerana ingin bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.”
No comments:
Post a Comment